~mujahadah ini akan tetap kuteruskan....walau lautan duri terhampar dihadapan....tidak akan ku berganjak dari perjuangan...selagi jasadku dikandung badan....ALLAHU AKBARR!!~
Friday, 14 December 2012
***Monolog Seindah Mutiara***
Wahai muslimah yang berjiwa solehah
menjadi mukminah itu perlu usaha
dikejar-kejar oleh cinta ajnabi itu bukan tiket ke pintu syurga
pedulikan kata-kata yang cuba menyemarakkan lagi api dari neraka
yang cuba menyanjungmu kerana mereka kagum
melihat ada ramai yang cuba menagih cintamu
Wahai muslimah yang berjiwa solehah
walaupun pernah 1 masa dulu
kau amat ternanti-nantikan hadirnya mujahid
menjemputmu dengan salam izin
untuk sama-sama meraih jalan syurga
namun, jangan kau tenggelam dalam bermacam-macam noda
noda yang hadir bagai sarang ular yang dalam
hanya menanti untuk menyebarkan bisa racun kemaksiatan
Jadikanlah dirimu wahai muslimah yang berjiwa solehah
seperti mutiara
seindah mutiara
biar jauh di dasar lautan
dilindungi cengkerang
namun masih terserlah keindahannya
bersinar di dalam lautan yang penuh cahaya kedamaian
Hanya mujahid yang benar-benar berhati soleh
yang mampu mengambilmu
dari dasar lautan dingin
dia membeku dari memandang wajahmu
dia menjauh dari mendengar suaramu
dia menyelam ke dasar cinta Rabbi
demi mendapat mutiara hati
Semoga damai wahai hati muslimah yang berjiwa solehah,
"hargai dirimu seindah mutiara"
Walau perit macam mane pon tinggalkan masa lalu kita,, look forward,,
Seberat mana pun rasa yang ada di hatiku untuk meninggalkan semua perkara itu dahulu,
Seberat mana pun akibat daripada perbuatanku yang dahulu,
Aku masih tetap bersyukur..
Bersyukur,
Kerana aku punya Dia.
ku hadapi semuanya dengan satu ungkapan~
MUJAHADAH!
Saturday, 17 November 2012
Thursday, 25 October 2012
BiLa hAtI BeRkAtA-kAtA
seiring bertambahnya usia moga bertambah matang dalam mengenal pahit manis liku2 khidupan..
makin tabah dalam mentafsir mehnah dan tribulasi hidup yg dikirimkan.. tanda kasihnya Allah.. agar lebih kuat hati dan jiwa untuk dibawa bertemu dengan Nya..
semoga dilimpahi keberkatan pada tiap helaan nafas dan denyut nadi.. keberkatan pd rezeki dan ilmu..
moga Allah permudahkan segala urusanku menuju kebaikan.. semoga diriku dan keluarga sentiasa diredhai Allah swt..
Monday, 15 October 2012
SaLaM UkHwAh BeRpAnJaNgAn
Assalammualaikum w.b.t
Iginku kongsikan tatapan ini buat hatimu dan hatiku juga..kita tak nak mengadaikan pandangan ALLAH semata2 mahu merebut pandangan manusia yang sementara, kita tidak mahu gadaikan akhirat semata2 nak merebut keindahan dunia yang tiada makna, kita tak mahu gadaikan tawaran menjadi calon bidadari syurga, semata2 nak menjadi bidadari dunia yang akan pudar kecantikannya, kita tak mahu gadaikan tarian dan nyanyian yang akan kita persembahkan ditaman yang abadi disana, semata2 nak menari dan menyanyi ditaman palsu dunia, berjanjilah kepada Allah, biar seindah manapun dunia ini, kita akan memilih keindahan yang kekal disana.. alhamdulillah Allah temukan dengan sahabat2 yang solehah..
SaHaBaT dEnGaRkAn AkU
"jika kau lihatku selalu ceria, ketahuilah bahawa aku juga punya masa duka.. jika kau lihatku sering berjenaka, sesungguhnya aku bahagia melihat kau gembira.. kika aku menegurmu, ketahuilah bahawa aku masih menyayangimu.. jika tak pernah kau lihat tangisanku,ketahuilah bahawa tangisan itu aku simpan untukNya. tapi, kumohon agar kau raikanlah kekuranganku karana insan biasa tak sempurna. mari mengerti aku keranan aku juga sedang mengertimu".
Sunday, 14 October 2012
♥♥♥
TERTUTUP ITU INDAH
biar terjaga AURAHNYA♥
biar terpilihara MARUAHNYA♥
biar tersembunyi AIBNYA♥
biar mulia AGAMANYA♥
BIAR INDAH AKHLAKNYA..
KERANA TERTUTUP ITU INDAH♥♥♥
Subscribe to:
Posts (Atom)














