kesian ikan lapar.. bagi la makan..

Saturday 13 July 2013

KiSaH dUiT SyIlInG

Kisah Duit Syiling dan Batu TINGG!!!... Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. TINGG!!!... Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu. Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan. P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih. Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita. Selamat Berpuasa :)

Saturday 25 May 2013

Detik 23 may 2013

Ayah.. ayah.. ayah.. dimana ayah.. ayah pergi tinggalkan dunia.. ayah engkau pergi tanpa bertemu dengan aku..engkau pergi tanpa mngenali siapa aku.sedikit pun tidak aku mnjamah kasih sayang dari ayah.. saat berita kematiaan ayah hanya Allah yang thu, aku tertanya2 sendiri, bergaduh dengan diri. Xtentu hala dibuatnya.. terasa diri xberguna xbole buat apa2.. saat terakhir ayh prgi aku ziarah pun tidak ada halangan yg mghalang aku untuk pergi.. air mata tanpa henti mmbuktikn segalanya.. tidak siapa tahu hati aku mmberontak ingin mmbuat sesuatu yg mmbolehkn aku untuk mnziarah ayah di ampangan seremban. Xda apa yang aku ungkapkn ketika itu cuma perkataan 'tolonglah faham' tapi xd siapa yg faham saat itu. Hanya berserah sgalanya kpada Allah. Hampir setiap hari aku berdoa ingin brjumpa dengn mak ayah ..tapi tidak ksampaian brjumpa ayah.. emak in sya Allah..in sya Allah sentiasa bersangka baik ada hikmah setiap apa yg berlaku.. Allah merancang yg trbaik untuk hamba2 nya. Siapa ayah yg aku mksudkn tu???? ALI BIN ABDUL KUTTY hanya doa dari jauh yg dpt ku hulurkn moga Arwah tenang di sana , ditempatkn bersama org2 yg beriman In sya Allah bertamu di syurga <3 AL - FATIHAH

Sunday 10 February 2013

...SeHeLaI tUdUnG lAbUh...

SEHELAI TUDUNG LABUH.. Setulus bicara Meluahkan rasa Sehelai tudung labuh Seindah hijab menjadi plilihanku Suatu ketika dahulu Diri hanya insan biasa Gadis yang hanya berpesonaliti biasa Namun Hidayah-Nya Hadir tanda kasihNya Tudung labuh menyentuh fitrah Membuatkan aku jatuh cinta Pada hijab yang sempurna.. Tudung labuh sangat bermakna Menjadi penghormatan pada diriku sebagai seorang wanita Aku berubah bukan kerana ingin mendapat gelaran ustazah Namun tanda cinta pada Illahi yang memberi perintah Untuk kaum hawa menjaga aurat dengan sebaiknya kerana itulah yang terindah dan berharga Kadang kala Aku kecewa Pada sikap segelintir manusia Hanya pandai menyindir tanpa usul periksa Sangat susah untuk mendidik hati supaya lebih sabar dan redha Namun ku kuatkan semangat untuk tidak berputus asa Istiqamah dalam menjaga aurat demi keranaNya Ya Allah.... Ya Tuhanku Janganlah kau bolak-balikkan hatiku Setelah Engkau memberiku Hidayah-Mu Tetapkanlah hati ini dalam meneruskan perjuangan rasul-Mu Dan Engkau kuatkan diri dalam mujadah nafsu Moga Engkau redha atas segala laku

Friday 14 December 2012

***Monolog Seindah Mutiara***

Wahai muslimah yang berjiwa solehah menjadi mukminah itu perlu usaha dikejar-kejar oleh cinta ajnabi itu bukan tiket ke pintu syurga pedulikan kata-kata yang cuba menyemarakkan lagi api dari neraka yang cuba menyanjungmu kerana mereka kagum melihat ada ramai yang cuba menagih cintamu Wahai muslimah yang berjiwa solehah walaupun pernah 1 masa dulu kau amat ternanti-nantikan hadirnya mujahid menjemputmu dengan salam izin untuk sama-sama meraih jalan syurga namun, jangan kau tenggelam dalam bermacam-macam noda noda yang hadir bagai sarang ular yang dalam hanya menanti untuk menyebarkan bisa racun kemaksiatan Jadikanlah dirimu wahai muslimah yang berjiwa solehah seperti mutiara seindah mutiara biar jauh di dasar lautan dilindungi cengkerang namun masih terserlah keindahannya bersinar di dalam lautan yang penuh cahaya kedamaian Hanya mujahid yang benar-benar berhati soleh yang mampu mengambilmu dari dasar lautan dingin dia membeku dari memandang wajahmu dia menjauh dari mendengar suaramu dia menyelam ke dasar cinta Rabbi demi mendapat mutiara hati Semoga damai wahai hati muslimah yang berjiwa solehah, "hargai dirimu seindah mutiara" Walau perit macam mane pon tinggalkan masa lalu kita,, look forward,, Seberat mana pun rasa yang ada di hatiku untuk meninggalkan semua perkara itu dahulu, Seberat mana pun akibat daripada perbuatanku yang dahulu, Aku masih tetap bersyukur.. Bersyukur, Kerana aku punya Dia. ku hadapi semuanya dengan satu ungkapan~ MUJAHADAH!

Sunday 18 November 2012

Saturday 17 November 2012

ya Allah selamatkan saudara-saudara seislamku di GAZA ..tiada kemaafan ALLAH beri pada yahudi laknatullah..hancurkan mereka serta sekutunya ya Allah.. MENITIS AIR MATA melihat gambar nie.. JANNAH menantiMU sayang...
AL-FATIHAH

Thursday 25 October 2012

BiLa hAtI BeRkAtA-kAtA

seiring bertambahnya usia moga bertambah matang dalam mengenal pahit manis liku2 khidupan.. makin tabah dalam mentafsir mehnah dan tribulasi hidup yg dikirimkan.. tanda kasihnya Allah.. agar lebih kuat hati dan jiwa untuk dibawa bertemu dengan Nya.. semoga dilimpahi keberkatan pada tiap helaan nafas dan denyut nadi.. keberkatan pd rezeki dan ilmu.. moga Allah permudahkan segala urusanku menuju kebaikan.. semoga diriku dan keluarga sentiasa diredhai Allah swt..