~mujahadah ini akan tetap kuteruskan....walau lautan duri terhampar dihadapan....tidak akan ku berganjak dari perjuangan...selagi jasadku dikandung badan....ALLAHU AKBARR!!~
Friday, 14 December 2012
***Monolog Seindah Mutiara***
Wahai muslimah yang berjiwa solehah
menjadi mukminah itu perlu usaha
dikejar-kejar oleh cinta ajnabi itu bukan tiket ke pintu syurga
pedulikan kata-kata yang cuba menyemarakkan lagi api dari neraka
yang cuba menyanjungmu kerana mereka kagum
melihat ada ramai yang cuba menagih cintamu
Wahai muslimah yang berjiwa solehah
walaupun pernah 1 masa dulu
kau amat ternanti-nantikan hadirnya mujahid
menjemputmu dengan salam izin
untuk sama-sama meraih jalan syurga
namun, jangan kau tenggelam dalam bermacam-macam noda
noda yang hadir bagai sarang ular yang dalam
hanya menanti untuk menyebarkan bisa racun kemaksiatan
Jadikanlah dirimu wahai muslimah yang berjiwa solehah
seperti mutiara
seindah mutiara
biar jauh di dasar lautan
dilindungi cengkerang
namun masih terserlah keindahannya
bersinar di dalam lautan yang penuh cahaya kedamaian
Hanya mujahid yang benar-benar berhati soleh
yang mampu mengambilmu
dari dasar lautan dingin
dia membeku dari memandang wajahmu
dia menjauh dari mendengar suaramu
dia menyelam ke dasar cinta Rabbi
demi mendapat mutiara hati
Semoga damai wahai hati muslimah yang berjiwa solehah,
"hargai dirimu seindah mutiara"
Walau perit macam mane pon tinggalkan masa lalu kita,, look forward,,
Seberat mana pun rasa yang ada di hatiku untuk meninggalkan semua perkara itu dahulu,
Seberat mana pun akibat daripada perbuatanku yang dahulu,
Aku masih tetap bersyukur..
Bersyukur,
Kerana aku punya Dia.
ku hadapi semuanya dengan satu ungkapan~
MUJAHADAH!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment