~mujahadah ini akan tetap kuteruskan....walau lautan duri terhampar dihadapan....tidak akan ku berganjak dari perjuangan...selagi jasadku dikandung badan....ALLAHU AKBARR!!~
Saturday, 13 July 2013
KiSaH dUiT SyIlInG
Kisah Duit Syiling dan Batu
TINGG!!!...
Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
TINGG!!!...
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.
Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
Selamat Berpuasa :)
Saturday, 25 May 2013
Detik 23 may 2013
Ayah.. ayah.. ayah.. dimana ayah.. ayah pergi tinggalkan dunia.. ayah engkau pergi tanpa bertemu dengan aku..engkau pergi tanpa mngenali siapa aku.sedikit pun tidak aku mnjamah kasih sayang dari ayah.. saat berita kematiaan ayah hanya Allah yang thu, aku tertanya2 sendiri, bergaduh dengan diri. Xtentu hala dibuatnya.. terasa diri xberguna xbole buat apa2.. saat terakhir ayh prgi aku ziarah pun tidak ada halangan yg mghalang aku untuk pergi.. air mata tanpa henti mmbuktikn segalanya.. tidak siapa tahu hati aku mmberontak ingin mmbuat sesuatu yg mmbolehkn aku untuk mnziarah ayah di ampangan seremban. Xda apa yang aku ungkapkn ketika itu cuma perkataan 'tolonglah faham' tapi xd siapa yg faham saat itu. Hanya berserah sgalanya kpada Allah. Hampir setiap hari aku berdoa ingin brjumpa dengn mak ayah ..tapi tidak ksampaian brjumpa ayah.. emak in sya Allah..in sya Allah sentiasa bersangka baik ada hikmah setiap apa yg berlaku.. Allah merancang yg trbaik untuk hamba2 nya.
Siapa ayah yg aku mksudkn tu????
ALI BIN ABDUL KUTTY
hanya doa dari jauh yg dpt ku hulurkn moga Arwah tenang di sana , ditempatkn bersama org2 yg beriman
In sya Allah bertamu di syurga <3
AL - FATIHAH
Sunday, 10 February 2013
...SeHeLaI tUdUnG lAbUh...
SEHELAI TUDUNG LABUH..
Setulus bicara
Meluahkan rasa
Sehelai tudung labuh
Seindah hijab menjadi plilihanku
Suatu ketika dahulu
Diri hanya insan biasa
Gadis yang hanya berpesonaliti biasa
Namun Hidayah-Nya
Hadir tanda kasihNya
Tudung labuh menyentuh fitrah
Membuatkan aku jatuh cinta
Pada hijab yang sempurna..
Tudung labuh sangat bermakna
Menjadi penghormatan pada diriku sebagai seorang wanita
Aku berubah bukan kerana ingin mendapat gelaran ustazah
Namun tanda cinta pada Illahi yang memberi perintah
Untuk kaum hawa menjaga aurat dengan sebaiknya
kerana itulah yang terindah dan berharga
Kadang kala
Aku kecewa
Pada sikap segelintir manusia
Hanya pandai menyindir tanpa usul periksa
Sangat susah untuk mendidik hati supaya lebih sabar dan redha
Namun ku kuatkan semangat untuk tidak berputus asa
Istiqamah dalam menjaga aurat demi keranaNya
Ya Allah.... Ya Tuhanku
Janganlah kau bolak-balikkan hatiku
Setelah Engkau memberiku Hidayah-Mu
Tetapkanlah hati ini dalam meneruskan perjuangan rasul-Mu
Dan Engkau kuatkan diri dalam mujadah nafsu
Moga Engkau redha atas segala laku
Friday, 14 December 2012
***Monolog Seindah Mutiara***
Wahai muslimah yang berjiwa solehah
menjadi mukminah itu perlu usaha
dikejar-kejar oleh cinta ajnabi itu bukan tiket ke pintu syurga
pedulikan kata-kata yang cuba menyemarakkan lagi api dari neraka
yang cuba menyanjungmu kerana mereka kagum
melihat ada ramai yang cuba menagih cintamu
Wahai muslimah yang berjiwa solehah
walaupun pernah 1 masa dulu
kau amat ternanti-nantikan hadirnya mujahid
menjemputmu dengan salam izin
untuk sama-sama meraih jalan syurga
namun, jangan kau tenggelam dalam bermacam-macam noda
noda yang hadir bagai sarang ular yang dalam
hanya menanti untuk menyebarkan bisa racun kemaksiatan
Jadikanlah dirimu wahai muslimah yang berjiwa solehah
seperti mutiara
seindah mutiara
biar jauh di dasar lautan
dilindungi cengkerang
namun masih terserlah keindahannya
bersinar di dalam lautan yang penuh cahaya kedamaian
Hanya mujahid yang benar-benar berhati soleh
yang mampu mengambilmu
dari dasar lautan dingin
dia membeku dari memandang wajahmu
dia menjauh dari mendengar suaramu
dia menyelam ke dasar cinta Rabbi
demi mendapat mutiara hati
Semoga damai wahai hati muslimah yang berjiwa solehah,
"hargai dirimu seindah mutiara"
Walau perit macam mane pon tinggalkan masa lalu kita,, look forward,,
Seberat mana pun rasa yang ada di hatiku untuk meninggalkan semua perkara itu dahulu,
Seberat mana pun akibat daripada perbuatanku yang dahulu,
Aku masih tetap bersyukur..
Bersyukur,
Kerana aku punya Dia.
ku hadapi semuanya dengan satu ungkapan~
MUJAHADAH!
Saturday, 17 November 2012
Thursday, 25 October 2012
BiLa hAtI BeRkAtA-kAtA
seiring bertambahnya usia moga bertambah matang dalam mengenal pahit manis liku2 khidupan..
makin tabah dalam mentafsir mehnah dan tribulasi hidup yg dikirimkan.. tanda kasihnya Allah.. agar lebih kuat hati dan jiwa untuk dibawa bertemu dengan Nya..
semoga dilimpahi keberkatan pada tiap helaan nafas dan denyut nadi.. keberkatan pd rezeki dan ilmu..
moga Allah permudahkan segala urusanku menuju kebaikan.. semoga diriku dan keluarga sentiasa diredhai Allah swt..
Monday, 15 October 2012
SaLaM UkHwAh BeRpAnJaNgAn
Assalammualaikum w.b.t
Iginku kongsikan tatapan ini buat hatimu dan hatiku juga..kita tak nak mengadaikan pandangan ALLAH semata2 mahu merebut pandangan manusia yang sementara, kita tidak mahu gadaikan akhirat semata2 nak merebut keindahan dunia yang tiada makna, kita tak mahu gadaikan tawaran menjadi calon bidadari syurga, semata2 nak menjadi bidadari dunia yang akan pudar kecantikannya, kita tak mahu gadaikan tarian dan nyanyian yang akan kita persembahkan ditaman yang abadi disana, semata2 nak menari dan menyanyi ditaman palsu dunia, berjanjilah kepada Allah, biar seindah manapun dunia ini, kita akan memilih keindahan yang kekal disana.. alhamdulillah Allah temukan dengan sahabat2 yang solehah..
SaHaBaT dEnGaRkAn AkU
"jika kau lihatku selalu ceria, ketahuilah bahawa aku juga punya masa duka.. jika kau lihatku sering berjenaka, sesungguhnya aku bahagia melihat kau gembira.. kika aku menegurmu, ketahuilah bahawa aku masih menyayangimu.. jika tak pernah kau lihat tangisanku,ketahuilah bahawa tangisan itu aku simpan untukNya. tapi, kumohon agar kau raikanlah kekuranganku karana insan biasa tak sempurna. mari mengerti aku keranan aku juga sedang mengertimu".
Sunday, 14 October 2012
♥♥♥
TERTUTUP ITU INDAH
biar terjaga AURAHNYA♥
biar terpilihara MARUAHNYA♥
biar tersembunyi AIBNYA♥
biar mulia AGAMANYA♥
BIAR INDAH AKHLAKNYA..
KERANA TERTUTUP ITU INDAH♥♥♥
Thursday, 4 October 2012
jOm HiJrAh InSyA-ALLAH
sebalik PERNTAH MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA DITURUNKAN DENGAN: "KATAKAN KEPADA wanita-wanitayang beriman." (an-nur: 31)
Hukum islam TIDAK ADA double standard hanya sebab kita bukan ustazah tidak bermakna kita ade "excuse" nak pakai apa yang kita suka, dan yang hak "khemah bergerak" tu hanya untuk golongan ustazah sahaja. semoga Allah beri pedoman untuk MEMAHAMI, dan MEMELIHARA kita dari azab api neraka disebabkan INGKAR perintah menutup aurat dengan SEMPURNA.. perintah untuk semua dan diri sendiri juga.. JOM HIJRAH.. INSYA-ALLAH.. Allah mesti bantu :)
Wednesday, 18 July 2012
~AnDaI~
Andai seorang lelaki itu mengasihi kamu kerana Allah, maka dia akan jaga
hati kalian dan tidak akan cuba melalaikan kamu dari mengingati
Allah.Andai seorang lelaki itu beriman dan memiliki sahsiah yang baik,
tidak akan sesekali dia memberi harapan kepada kamu, bahkan dia tidak
akan sesekali menyakiti hati kamu.Ini kerana Allah sedang menguji kalian
berdua, maka. Awasi la hati anda selalu supaya tidak terjebak dengan
perkara yang mendatangkan kemurkaanNya.Usah dibimbangkan jodoh, kerana
persiapkanlah diri dengan segala ilmu dan pupuklah diri untuk belajar
bertanggungjawab.Jangan khuatir wahai saudara-saudari, Allah tahu apa
yang terbaik untuk anda.
¸.•"*•Ukhti, Dibalik Niqobmu, Engkau adalah mutiara•*"•.¸
Ukhti fillah jika boleh aku meminta..
Wajah mu kian menawan hati ku..
Sampai membuatku gusar tak menentu..
Khawatir jika ada yang mengganggumu..
Ukhti engkau bak mutiara di Lautan...
Biarlah ia berada dalam tutupan yang cantik,
namun tak diketahui siapapun..
Karena engkau terlindungi olehnya..
Ukhti biarlah wajah cantikmu,
Tertutupi oleh akhlakmu yang menawan..
Tak perlu engkau tampilkan wajah itu kepada siapapun..
Karena akan mengundang mata memandang..
Ukhtiku.. biarlah mutiara itu berkembang menjadi mutiara yg indah..
Tak perlu kau tampakan pada siapapun kecuali suami mu..
Ukhti ku yang disayangi Alloh jika boleh aku meminta..
Jagalah wajah-wajah mu..
Jangan engkau biarkan…
ia tampil menggoda di balik facebook, twitter, friendster
apalagi di dunia nyata sekalipun ...
Jika boleh aku meminta..
Aku cuma ingin agar engkau TERJAGA dari pandangan yang hanya terlena
dengan WAJAH mu..
Karena engkau adalah mutiara.. ^_^♥
.•°•.♥*►We Love Islam and We are Proud to Wear the Niqob◄*♥.•°•.
CoReTaN BuAt KaUm AdAm
saat hati ingin dicuri
aku mohon pada ilahi
izinkan diri disayangi
oleh insan yang mengabdi kn diri pada-MuMuslimin idaman ~ adalah muslimin yang beriman yang hatinya disalut rasa taqwa dan jiwanya penuh penghayatan islam yang sentiasa haus dgn ilmu yg sentiasa dahaga dgn pahala yg solatnya adalah maruah dirinya yg tidak pernah takut utk berkata benar yg tidak pernah gentar melawan nafsu yg sentiasa bersama kumpulan org2 yg berjuang di jalan ALLAH (~_~) mukmin yang sentiasa menjaga pandangan nya
aku mohon pada ilahi
izinkan diri disayangi
oleh insan yang mengabdi kn diri pada-MuMuslimin idaman ~ adalah muslimin yang beriman yang hatinya disalut rasa taqwa dan jiwanya penuh penghayatan islam yang sentiasa haus dgn ilmu yg sentiasa dahaga dgn pahala yg solatnya adalah maruah dirinya yg tidak pernah takut utk berkata benar yg tidak pernah gentar melawan nafsu yg sentiasa bersama kumpulan org2 yg berjuang di jalan ALLAH (~_~) mukmin yang sentiasa menjaga pandangan nya
Saturday, 28 January 2012
HAWA~
HaWa
Mahalkan senyumanmu yang bisa menawan hati lelaki
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu
Untuk membentingi nafsu yang sangat dibenci
Agar kau sucu terpelihara saat adam datang menyuntingmu
HaWa
Memang adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu
Namun, itu bukanlah yang adam impikan
Adam mengimpikan hawa yang kuat pegangan agama sebagai penyuci kalbu
Adam juga mengimpikan hawa yang yang sopan berpakaian dan memelihara pandangan
Mahalkan senyumanmu yang bisa menawan hati lelaki
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu
Untuk membentingi nafsu yang sangat dibenci
Agar kau sucu terpelihara saat adam datang menyuntingmu
HaWa
Memang adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu
Namun, itu bukanlah yang adam impikan
Adam mengimpikan hawa yang kuat pegangan agama sebagai penyuci kalbu
Adam juga mengimpikan hawa yang yang sopan berpakaian dan memelihara pandangan
Sunday, 27 November 2011
~WaNiTa CaNtIk~
Wanita yang cantik..
“Wanita yang cantik adalah wanita yang dapat menjaga harga dirinya“.
Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dipakainya. Bukan pula pada perhiasan
yang menghiasi tubuhnya atau pada bentuk tubuh yang mengancam.
yang menghiasi tubuhnya atau pada bentuk tubuh yang mengancam.
Kerana kecantikan wanita itu terpancar dari caranya melihat kehidupan dan berpegang pada
prinsip yang sering berlainan dengan prinsip dunia. Saat dia melihat kehidupan, disitulah
mata hatinya akan menyusuri erti dari kehidupan dan menjalaninya, sesuai dengan nuraninya
prinsip yang sering berlainan dengan prinsip dunia. Saat dia melihat kehidupan, disitulah
mata hatinya akan menyusuri erti dari kehidupan dan menjalaninya, sesuai dengan nuraninya
Kecantikan bukan terletak pada eloknya wajah, tetapi dari kecantikan jiwanya yang penuh
kasih sayang, dan mengambil berat sesama mereka.
kasih sayang, dan mengambil berat sesama mereka.
Apa yang boleh membuat wanita dapat dihargai oleh lelaki apabila harga dirinya tidak
dijaga ?
dijaga ?
mengapa banyak wanita yang rela menyerahkan dirinya hanya untuk kemewahan ? dan
kesenangan dunia
kesenangan dunia
Mereka berdandan bak puteri, menghiasi dirinya dengan perhiasan dan me”mekap”
wajahnya dengan keindahan. Nampak indah dilihat, hingga tak seorang pun menyedari,
ada sesuatu yang tersembunyi disebalik pesonanya
wajahnya dengan keindahan. Nampak indah dilihat, hingga tak seorang pun menyedari,
ada sesuatu yang tersembunyi disebalik pesonanya
Berani menanggalkan harga dirinya hanya untuk dapat menaiki kenderaan mewah, tinggal
di apartment mewah, melancong diluar negeri dan sebagainya.
di apartment mewah, melancong diluar negeri dan sebagainya.
Wanita yang cantik, tidak akan menghalalkan semua cara untuk memenuhi keperluan dan
keinginannya
keinginannya
Wanita yang cantik, tidak akan mengganggu suami orang hanya untuk mendapatkan
hartanya dengan mengatakan atas nama cinta…
hartanya dengan mengatakan atas nama cinta…
Wanita yang cantik, tidak akan menjajakan dirinya dijalanan hanya untuk sebuah alasan
“demi membantu keluarga”
“demi membantu keluarga”
Wanita yang cantik, tidak akan melakukan “one nite stand” hanya untuk memuaskan
hasratnya hingga melupakan martabatnya sebagai wanita…
hasratnya hingga melupakan martabatnya sebagai wanita…
Wanita yang cantik, tidak akan meninggalkan prinsip-prinsip yang dapat memagari dirinya
dari berbagai macam godaan dunia…
dari berbagai macam godaan dunia…
Wanita yang cantik, tidak akan menjadi ibu yang membiarkan anaknya terjerumus dalam
dunia kelam…
dunia kelam…
Wanita yang cantik adalah…
Seorang Ibu yang mendidik dan memagari anaknya dengan dengan kasih sayang dan iman
percaya pada Tuhan
percaya pada Tuhan
Seorang Wanita yang tetap berdiri pada jalan yang benar dan tidak berkompromi dengan
sesuatu yang dia tahu dapat menyesatkan.
sesuatu yang dia tahu dapat menyesatkan.
Seorang Wanita yang mengasihi keluarganya baik suami dan anak-anaknya.
Seorang Wanita yang memberikan warna positif dalam kehidupan setiap orang.
Seorang Wanita yang tidak menjual dirinya demi kemewahan. Kerana baginya kemewahan
syurga yang lebih penting dicarinya.
syurga yang lebih penting dicarinya.
Seorang Wanita yang tahu menempatkan dirinya dimanapun dia berada.
Seorang Wanita yang dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah.
Seorang wanita yang dapat menginspirasikan semua orang.
Dan terakhir, wanita yang cantik adalah wanita yang boleh menjaga harga dirinya, ditengah
gelap dan gemerlapnya dunia ini.”
gelap dan gemerlapnya dunia ini.”
Wallahu a’lam
Sunday, 1 May 2011
aku menghitung nikmat dan rahmat nyaaku masih lagi mampu bernafas
aku diberikan kesihatan yang baik
segala angggota tubuhku masih lagi berfungsi
maka dapatlah aku mengerakkan tubuhku
untuk terus sujud dan mempersembahkan amal untuk mu
lidah ku merasai makanan yang lazat
bibirku masih lagi mampu tersenyum
kakiku masih lagi mampu berjalan ke rumahnya
telingaku mampu lagi mendengar bacaan ayat suci
tangan ku masih lagi mampu menaip aksara2 yang akan menjadi msg
hujan yang turun menhidupkan tanaman
matahari memamcar meneragi alam
begitu banyak nikmat dan rahmat yabg dikurniakan
sampai tidak terhitung dan tidak mampu nak ku senaraikan
SESUNGGUHNYA DIA MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG...........
aku diberikan kesihatan yang baik
segala angggota tubuhku masih lagi berfungsi
maka dapatlah aku mengerakkan tubuhku
untuk terus sujud dan mempersembahkan amal untuk mu
lidah ku merasai makanan yang lazat
bibirku masih lagi mampu tersenyum
kakiku masih lagi mampu berjalan ke rumahnya
telingaku mampu lagi mendengar bacaan ayat suci
tangan ku masih lagi mampu menaip aksara2 yang akan menjadi msg
hujan yang turun menhidupkan tanaman
matahari memamcar meneragi alam
begitu banyak nikmat dan rahmat yabg dikurniakan
sampai tidak terhitung dan tidak mampu nak ku senaraikan
SESUNGGUHNYA DIA MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG...........
Ya RaBbUl iZzAtI
ya Allahu~
terima kasih kerna engkau kurniakan perasaan cinta dan rindu kpada kami..
ya Allahu~
jika ia...tercipta untuk ku maka izinkan ia untuk hidup bersamaku untuk membimbingku dan izinkan kami untuk saling melengkapi segala kekurangan yang ada pada dri kami
ya Allahu~
hindari hubungan kami dari belengu kemaksiatan..sesungguhnya kami hambamu yang lalai dalam mengingatimu..
ya Allahu~
jika kami tersalah langkah dalam hbungan ini..maka sedarkan kami..akan kesilapan kami..
ya Allahu~
janganlah kami lalai dalam perasaan cinta dan rindu ini sehingga alpa segala perintahmu dan segala laranganmu..
ya rabb
sesungguhnya engkau adalah pemilik cinta dan rindu ini~
hanya padamu ku berserah segalanya..~
terima kasih kerna engkau kurniakan perasaan cinta dan rindu kpada kami..
ya Allahu~
jika ia...tercipta untuk ku maka izinkan ia untuk hidup bersamaku untuk membimbingku dan izinkan kami untuk saling melengkapi segala kekurangan yang ada pada dri kami
ya Allahu~
hindari hubungan kami dari belengu kemaksiatan..sesungguhnya kami hambamu yang lalai dalam mengingatimu..
ya Allahu~
jika kami tersalah langkah dalam hbungan ini..maka sedarkan kami..akan kesilapan kami..
ya Allahu~
janganlah kami lalai dalam perasaan cinta dan rindu ini sehingga alpa segala perintahmu dan segala laranganmu..
ya rabb
sesungguhnya engkau adalah pemilik cinta dan rindu ini~
hanya padamu ku berserah segalanya..~
Wednesday, 13 April 2011
MuMuR sUdAh bUnGa sAkUrA
GUGUR SUDAH BUMI INDAH
DILINDA PETAKA
YANG MENGGUSAR GUNDAH.
GEROMBOLAN MADAH-MADAH OMBAK
HEBAT MENENTANG AMARAH
TIADA MENJANGKA
BEDITU DERAS MENGHENTAM JIWA.
PADAH!
TIAP-TIAP ASMARA DIHAMBUR DERITA
BERDARAH MENINGGALKAN SISA LUKA
KEPING-KEPING SAKURA
BERTERBANGAN-MELAYANG PASRAH
YANG MENYAKSIKAN
MASIH KEJAB MENGHEMBUS DOA
BERKOBAR SUKMA MEMELUK INSAF
TAUBAT BERSUNGGUHAN!
MEMUTIH CONTENGAN ARANG
AGAR TIADA LAGI BERULANG
SILAP DEMI SALAH
PUDAR DAN SINARKAN
BEGITULAH SIRAH APABILA MUMUR SEBUAH KOTA.....
sEmOgA aPa YaNg bErLaKu dIbUmI jEpUn MeNjAdI tElAdAn DaN pEnGaJaRaN kItA seMuA...INSYALLAH..
DILINDA PETAKA
YANG MENGGUSAR GUNDAH.
GEROMBOLAN MADAH-MADAH OMBAK
HEBAT MENENTANG AMARAH
TIADA MENJANGKA
BEDITU DERAS MENGHENTAM JIWA.
PADAH!
TIAP-TIAP ASMARA DIHAMBUR DERITA
BERDARAH MENINGGALKAN SISA LUKA
KEPING-KEPING SAKURA
BERTERBANGAN-MELAYANG PASRAH
YANG MENYAKSIKAN
MASIH KEJAB MENGHEMBUS DOA
BERKOBAR SUKMA MEMELUK INSAF
TAUBAT BERSUNGGUHAN!
MEMUTIH CONTENGAN ARANG
AGAR TIADA LAGI BERULANG
SILAP DEMI SALAH
PUDAR DAN SINARKAN
BEGITULAH SIRAH APABILA MUMUR SEBUAH KOTA.....
sEmOgA aPa YaNg bErLaKu dIbUmI jEpUn MeNjAdI tElAdAn DaN pEnGaJaRaN kItA seMuA...INSYALLAH..
Subscribe to:
Posts (Atom)





















