kesian ikan lapar.. bagi la makan..

Monday 11 April 2011

SeBaGaI pErInGaTaN bUaT dIrIkU DaN dIrImU......

                                                                   SAHABATKU............
sesungguhnya kejadianmu terlalu indahtercipta dari tulang rusuk yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi,bukannya dicipta daripada kepala untuk disanjung dan dipuji,bukan pula dicipta daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya.lantaran,daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekumtum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu.
adakah semudah itu kau ingin menyerah diri kepada sang kumbang??
renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagar duri sebagai bentengnya.dari kejauhan mencuri perhatian kilauan warnanya yang memancar indah  menjadi tarikan.namun,lantaran pagaran duri yang berbisa itu,sang kumbang tertunduk kagum terhadap kindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali untuk mendakatinya
SAHABATKU....
akuilah hakikat kejadian diri yang menjadu pelemah iman lelaki.seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan batasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu sekumtum bunga yang tapi sayang tidak berduri .kau tak layak lagi dimahkotakan sebagai bunga mawar berduri...
Sesungguhnya utusan ALLAH ada menyatakan tentang bahaya dirimu."tidak ada fitrah yang lebih besar setelah wafatku selain fitrah yang berpunca daripada wanita".adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka??
ingatlah sahabatku sayang.....
                           ingatlah ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat padanya kecuali atas urusan yang diizinkan.sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibanding dengan yang terdedah.yang tertutup itu indah!! alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus ,suci, mahal, dan berharga buat kumbang yang terpilih yang telah dijanjikan olaeh ALLAH buatmu...
                           indahnya hidup ini aidai kau melayarinya dengan bernaungkan keredhaan ALLAH ,bertunjangkan ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan, sesungguhnya, wanita yang solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama adam."wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik"........


"YA ALLAH hadirkan cintaku padaMU, dan dan terimalah aku sebagai seorang perindu, dan pendamba cinta agungMu. sesungguhnya aku ini hamba mu yang hina dan banyak pula maksiatku padaMu. jangan sesekali kau sisihkan aku dengan kehinaanKu ini. kembalikan aku ke pintu hidayahMu,aku mencintaiMu ya ALLAH...........

No comments:

Post a Comment