mencari nur ilahi (BiNtU rOsLaN)
~mujahadah ini akan tetap kuteruskan....walau lautan duri terhampar dihadapan....tidak akan ku berganjak dari perjuangan...selagi jasadku dikandung badan....ALLAHU AKBARR!!~
Saturday, 13 July 2013
KiSaH dUiT SyIlInG
Kisah Duit Syiling dan Batu
TINGG!!!...
Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
TINGG!!!...
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.
Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
Selamat Berpuasa :)
Saturday, 25 May 2013
Detik 23 may 2013
Ayah.. ayah.. ayah.. dimana ayah.. ayah pergi tinggalkan dunia.. ayah engkau pergi tanpa bertemu dengan aku..engkau pergi tanpa mngenali siapa aku.sedikit pun tidak aku mnjamah kasih sayang dari ayah.. saat berita kematiaan ayah hanya Allah yang thu, aku tertanya2 sendiri, bergaduh dengan diri. Xtentu hala dibuatnya.. terasa diri xberguna xbole buat apa2.. saat terakhir ayh prgi aku ziarah pun tidak ada halangan yg mghalang aku untuk pergi.. air mata tanpa henti mmbuktikn segalanya.. tidak siapa tahu hati aku mmberontak ingin mmbuat sesuatu yg mmbolehkn aku untuk mnziarah ayah di ampangan seremban. Xda apa yang aku ungkapkn ketika itu cuma perkataan 'tolonglah faham' tapi xd siapa yg faham saat itu. Hanya berserah sgalanya kpada Allah. Hampir setiap hari aku berdoa ingin brjumpa dengn mak ayah ..tapi tidak ksampaian brjumpa ayah.. emak in sya Allah..in sya Allah sentiasa bersangka baik ada hikmah setiap apa yg berlaku.. Allah merancang yg trbaik untuk hamba2 nya.
Siapa ayah yg aku mksudkn tu????
ALI BIN ABDUL KUTTY
hanya doa dari jauh yg dpt ku hulurkn moga Arwah tenang di sana , ditempatkn bersama org2 yg beriman
In sya Allah bertamu di syurga <3
AL - FATIHAH
Sunday, 10 February 2013
...SeHeLaI tUdUnG lAbUh...
SEHELAI TUDUNG LABUH..
Setulus bicara
Meluahkan rasa
Sehelai tudung labuh
Seindah hijab menjadi plilihanku
Suatu ketika dahulu
Diri hanya insan biasa
Gadis yang hanya berpesonaliti biasa
Namun Hidayah-Nya
Hadir tanda kasihNya
Tudung labuh menyentuh fitrah
Membuatkan aku jatuh cinta
Pada hijab yang sempurna..
Tudung labuh sangat bermakna
Menjadi penghormatan pada diriku sebagai seorang wanita
Aku berubah bukan kerana ingin mendapat gelaran ustazah
Namun tanda cinta pada Illahi yang memberi perintah
Untuk kaum hawa menjaga aurat dengan sebaiknya
kerana itulah yang terindah dan berharga
Kadang kala
Aku kecewa
Pada sikap segelintir manusia
Hanya pandai menyindir tanpa usul periksa
Sangat susah untuk mendidik hati supaya lebih sabar dan redha
Namun ku kuatkan semangat untuk tidak berputus asa
Istiqamah dalam menjaga aurat demi keranaNya
Ya Allah.... Ya Tuhanku
Janganlah kau bolak-balikkan hatiku
Setelah Engkau memberiku Hidayah-Mu
Tetapkanlah hati ini dalam meneruskan perjuangan rasul-Mu
Dan Engkau kuatkan diri dalam mujadah nafsu
Moga Engkau redha atas segala laku
Friday, 14 December 2012
***Monolog Seindah Mutiara***
Wahai muslimah yang berjiwa solehah
menjadi mukminah itu perlu usaha
dikejar-kejar oleh cinta ajnabi itu bukan tiket ke pintu syurga
pedulikan kata-kata yang cuba menyemarakkan lagi api dari neraka
yang cuba menyanjungmu kerana mereka kagum
melihat ada ramai yang cuba menagih cintamu
Wahai muslimah yang berjiwa solehah
walaupun pernah 1 masa dulu
kau amat ternanti-nantikan hadirnya mujahid
menjemputmu dengan salam izin
untuk sama-sama meraih jalan syurga
namun, jangan kau tenggelam dalam bermacam-macam noda
noda yang hadir bagai sarang ular yang dalam
hanya menanti untuk menyebarkan bisa racun kemaksiatan
Jadikanlah dirimu wahai muslimah yang berjiwa solehah
seperti mutiara
seindah mutiara
biar jauh di dasar lautan
dilindungi cengkerang
namun masih terserlah keindahannya
bersinar di dalam lautan yang penuh cahaya kedamaian
Hanya mujahid yang benar-benar berhati soleh
yang mampu mengambilmu
dari dasar lautan dingin
dia membeku dari memandang wajahmu
dia menjauh dari mendengar suaramu
dia menyelam ke dasar cinta Rabbi
demi mendapat mutiara hati
Semoga damai wahai hati muslimah yang berjiwa solehah,
"hargai dirimu seindah mutiara"
Walau perit macam mane pon tinggalkan masa lalu kita,, look forward,,
Seberat mana pun rasa yang ada di hatiku untuk meninggalkan semua perkara itu dahulu,
Seberat mana pun akibat daripada perbuatanku yang dahulu,
Aku masih tetap bersyukur..
Bersyukur,
Kerana aku punya Dia.
ku hadapi semuanya dengan satu ungkapan~
MUJAHADAH!
Saturday, 17 November 2012
Thursday, 25 October 2012
BiLa hAtI BeRkAtA-kAtA
seiring bertambahnya usia moga bertambah matang dalam mengenal pahit manis liku2 khidupan..
makin tabah dalam mentafsir mehnah dan tribulasi hidup yg dikirimkan.. tanda kasihnya Allah.. agar lebih kuat hati dan jiwa untuk dibawa bertemu dengan Nya..
semoga dilimpahi keberkatan pada tiap helaan nafas dan denyut nadi.. keberkatan pd rezeki dan ilmu..
moga Allah permudahkan segala urusanku menuju kebaikan.. semoga diriku dan keluarga sentiasa diredhai Allah swt..
Subscribe to:
Posts (Atom)