kesian ikan lapar.. bagi la makan..

Sunday 10 February 2013

...SeHeLaI tUdUnG lAbUh...

SEHELAI TUDUNG LABUH.. Setulus bicara Meluahkan rasa Sehelai tudung labuh Seindah hijab menjadi plilihanku Suatu ketika dahulu Diri hanya insan biasa Gadis yang hanya berpesonaliti biasa Namun Hidayah-Nya Hadir tanda kasihNya Tudung labuh menyentuh fitrah Membuatkan aku jatuh cinta Pada hijab yang sempurna.. Tudung labuh sangat bermakna Menjadi penghormatan pada diriku sebagai seorang wanita Aku berubah bukan kerana ingin mendapat gelaran ustazah Namun tanda cinta pada Illahi yang memberi perintah Untuk kaum hawa menjaga aurat dengan sebaiknya kerana itulah yang terindah dan berharga Kadang kala Aku kecewa Pada sikap segelintir manusia Hanya pandai menyindir tanpa usul periksa Sangat susah untuk mendidik hati supaya lebih sabar dan redha Namun ku kuatkan semangat untuk tidak berputus asa Istiqamah dalam menjaga aurat demi keranaNya Ya Allah.... Ya Tuhanku Janganlah kau bolak-balikkan hatiku Setelah Engkau memberiku Hidayah-Mu Tetapkanlah hati ini dalam meneruskan perjuangan rasul-Mu Dan Engkau kuatkan diri dalam mujadah nafsu Moga Engkau redha atas segala laku