kesian ikan lapar.. bagi la makan..

Friday 14 December 2012

***Monolog Seindah Mutiara***

Wahai muslimah yang berjiwa solehah menjadi mukminah itu perlu usaha dikejar-kejar oleh cinta ajnabi itu bukan tiket ke pintu syurga pedulikan kata-kata yang cuba menyemarakkan lagi api dari neraka yang cuba menyanjungmu kerana mereka kagum melihat ada ramai yang cuba menagih cintamu Wahai muslimah yang berjiwa solehah walaupun pernah 1 masa dulu kau amat ternanti-nantikan hadirnya mujahid menjemputmu dengan salam izin untuk sama-sama meraih jalan syurga namun, jangan kau tenggelam dalam bermacam-macam noda noda yang hadir bagai sarang ular yang dalam hanya menanti untuk menyebarkan bisa racun kemaksiatan Jadikanlah dirimu wahai muslimah yang berjiwa solehah seperti mutiara seindah mutiara biar jauh di dasar lautan dilindungi cengkerang namun masih terserlah keindahannya bersinar di dalam lautan yang penuh cahaya kedamaian Hanya mujahid yang benar-benar berhati soleh yang mampu mengambilmu dari dasar lautan dingin dia membeku dari memandang wajahmu dia menjauh dari mendengar suaramu dia menyelam ke dasar cinta Rabbi demi mendapat mutiara hati Semoga damai wahai hati muslimah yang berjiwa solehah, "hargai dirimu seindah mutiara" Walau perit macam mane pon tinggalkan masa lalu kita,, look forward,, Seberat mana pun rasa yang ada di hatiku untuk meninggalkan semua perkara itu dahulu, Seberat mana pun akibat daripada perbuatanku yang dahulu, Aku masih tetap bersyukur.. Bersyukur, Kerana aku punya Dia. ku hadapi semuanya dengan satu ungkapan~ MUJAHADAH!